Sunday, February 27, 2011

❤ HAHAHAHA





RESULT SPM BUKAN KELUAR 28 FEBRUARI LAHHH.
KAN AKU DAH CAKAP BULAN 3.
MUAHAHAHAHA :D
SYUKURRR :)






❤ biarkanlaaaaaa :)

aku hairan. pakcik ne punya pasal lah. haih, bukan main send message dengan aku. pelik pun ada. haha. pakcik tu bawa jumpa la. aww. heheheh ;p

ne dia send lama dah. 19 December 2010. last year lah.
pastu ..

 ini pula 11 Februari 2011.
lepas tu lagi ..

ini 26 February 2011. dia send lagi tuk yang ketiga kali. :P

aku nda tau pacik ne mau apa. bawa jumpa and siap bagi number phone lagi oke. hehehe ;p number dia yang aku calit warna merah tu. haha. kamu nda boleh ada number phone dia. biar aku jak yang ada. HAHA :D first tu aku just reply 'okay'. then dia balas balik lah message tu. pastu aku nda balas2 lagi. hushh, takut juga aku. haha. tapi aku hairan lah. bukan main dia mau jumpa aku. kenapa ar? aku tengok juga profile pakcik ne. tengok2 gambar dia. aku tengok pacik ne macam kaya juga. HAHAHA. coz dalam gambar dia tu macam dia ne seorang businessman. cehh. tapi serious oke. kalau mau jumpa aku coz mau bagi duit, boleh jugakk. haha. ngam2 aku tengah pokai sekarang ne. huhu :( so, kesimpulannya aku biarkan jak pakcik ne. bukan apa. aku ingat juga pesanan parents aku.

jangan lah kau sembarang2 jumpa orang2 di facebook tu.
nda bagus semua tu.

so, okay! aku dengar cakap parents aku. hahaha ;p tutup lah cerita pasal ne. boring pulakan. haha. ouh ya, tadi malam aku and whole family sambut bufday kakak and abang ipar aku. makan cheeseecake dari Secret Recipe , misup buatan mama aku dan kentang buatan kakak aku. bahaha :D sangat sedap. aku tukang makan jak. heheheheh ;p terus aku buat status di FB.


dorang dua ne kawan aku. hha. macam? hebatkan aku? boleh jadi gemuk sudah tu kan? hahahah. makan banyak bah aku tadi malam. weee. suka2. wkakakka :D okay, aku kenyang. sangat kenyang. kenyang sekenyang-kenyangnya. syukur alhamdulillah :) then tadi pagi aku pening. sakit perut rasa mau muntah. wekk. mual2 rasa dia. aku pun nda tau kenapa. hmm, biarkanlaaaahhhh.

tu spek abang aku. tapi sudah patah sebelah. hahaha.
tapi nda pa. aku sukaaaaaa :)

Friday, February 25, 2011

❤ memories


KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN
I MISS THAT TIME.
FYI, MASA NI FIRST DAY EXAM SPM :)
23 NOVEMBER 2010.
SANTAI OKE ! :D

p/s : yang cakap 'TOTTOTTOT' tu aku. hahaha. ignore jak oke.

Tuesday, February 22, 2011

❤ apa apa saja


Heyy. Assalamualaikum.

Tadi aku mimpi. Mimpi yang buruk bagi aku. Mimpi pasal SPM. Huwaaa! Result SPM la apa lagi. Aku mimpi yang aku dapat err, lupa la pulak. (cehh! konon la) Sungguh risau oke. Sampai sekarang aku belum tau bila la result tu keluar. Haihh, ada yang cakap 28hb ne yang keluar. Maybe betul la tu. Tapi kalau boleh aku nda mau result SPM keluar bulan 2 ne. Aku mau bulan 3. Tsskk :(( Coz aku mau ambik result SPM tu nanti with my bestieee c Emmy Emira. Dia sekarang PLKN di Sepang, Selangor. Dia balik Sabah 13 Mac. Tunggu sejaa. Aku jemput dia di KKIA. Hehe :-)

Aku jarang2 dah update blog. No idea bah mau update apa. Huahuahua :-D Aku tengok blogger2 yang lain tiap2 hari update blog. Wow! Cayalaa beb! Banyak idea dorangkan? HAHA. LOL. Ouh ya, baru aku perasan. Semenjak result SPM mau keluar sudah, aku post pasal SPM jak kan? HEHEE. Well, biasalah tu. Terujaaa orang bilang. Hahaha. Apa? Layan jak laaaaaaaaaaa. Dan Jumaat ne aku p Stadium Likas with my friends. HELL YEAH, kami mau tengok sukan ex sekolah kami. SMK Perempuan Likas. Dorang sukan Jumaat ne. Semangat ne mau tengok rumah sukan aku menang. Huahua :D tu pun kalau menang. Siapa mau ikut? Angkat tangan la, ndakan kaki. Miahaha xD

Oke last! Tadi aku tengok video ne. Auchh, serius nda tahan aku tengok. Adakah patut dia buat rabbit gitu? Ewww, Gilaa2. Kalau mau tengok juga tekan sini. Huhu :-( Bubye.

Saturday, February 19, 2011

❤ aku rindu mereka


okay , aku rindu SEMUA yang ada dalam gambar diatas .
GENG AKU .
BGFF CREW [RETRO 93']
kau jangan tanya BGFF tu apa .
aku juga rindu sekolah aku .
SMK Perempuan Likas , Kota Kinabalu , Sabah .
:/

Friday, February 18, 2011

❤ result SPM 2010 tarikh sebenar keluar !!




UITZ ,
KALAU BETULLAH RESULT SPM 2010 KELUAR 28 FEBRUARI NI .
MACAM MANALAH NASIB YANG KENA PLKN TU ?
DORANG MASIH PLKN TIME TU LAH .
KAWAN AKU PUN MASIH LAGI DI SELANGOR MASA TU PLKN .
DAN HABIS PLKN 13 MAC .
SO MESTILAH RESULT SPM KELUAR 14 MAC !
BUKAN 28 FEBRUARI NI . 
HUAHUAHUA XD
BUAT ANDAIAN SENDIRI :DD




Wednesday, February 16, 2011

❤ bikin pusing ini barang !


hello fellass ,

nampak gambar diatas ? hahhhhhh , gitu la keadaan aku sekarang . gilaa penat ! mata kuyu , selera makan pun bertambah berkurang . mau tau kenapa ? coz result STPM 2010 keluar 21 Februari ne . so that means , result SPM 2010 pun nda lama lagi keluarr ! OMG . scary me :( bikin takut bha . ada yang cakap result SPM bulan 2 ne juga keluar . kalau nda pun , awal bulan tigaa . eish ! aku mau pertengahan bulan 3 baru keluar itu result . hmm . nda pa laa . chill oke ! BAHAHA :D

so , siapa2 yang ambik result STPM 21 Feb nanti goodluck okaii . hha . dan kami2 yang akan ambik result SPM juga nanti , jom sembunyi bawah meja . hahahaha .
 

Monday, February 14, 2011

❤ contest kucing paling comel

heeeyyyy , straight to daa point la kan .
aku join 1 contest ne . huehue~ xD
CONTEST KUCING PALING COMEL . just join2 jak .
tuk suka2 :))


macam biasa. mestilah ada peraturan2 dia. just tekan sini or click banner di atas if mau tau peraturannya :))
then gambar kucing aku ialah ..


nama kucing ne RAKA . singkatan kepada RANGKA .
tau rangka tu apa ? haha . means , kuat makan .
kucing ni tiap jam , tiap minit , tiap saat makan jak keja dia . HAHA :D
gumuk ne kucing . pluss pluss bulu dia yang haluss .
ne kucing siam sebenarnya :)
tengok gambar dia macam mau menendang jak kan . haha ..
okaayy , hadiah contest ni ialah :

pemenang akan menerima RM50 berdasarkan gambar kucing mereka yang
PALING COMEL.
GOODLUCK ;)

and hey, you know what ?
tarikh tutup contest ne ialah

30 APRIL 2011 .

that's my BIRTHDAYY ! haha :D
birthday untuk yang ke 18 tahun :))
ouchhh ! masih mudaa okee . hahak .

dan aku tag diadia dan dia .
cukup 3 orang kan ? hee .

DONE !

❤ hasil kepenatan aku


hey, whaddup? haha. entah berapa hari sudah aku tutup blog. mau buat perubahan banyak sikit di blog ini :) dan inilah hasilnya. see, see? macam blog budak kanak2 riang pula aku tengok. hahaha. aku sengaja. nanti umur aku genap 18 tahun barulah aku ubahsuai sedikit di belog ini. means, aku buat blog ini nampak lebih matang macam tuan punya blog ni iaitu seniorita Bibiy. BAHAHA :D ohh! sungguh trip kau bibiy. main2 seniorita gituu. cuih! haha. oke2, aku buat blog ni pun agak sukar. coz tengok2 code tu yang bikin gue pusing. haihh, akhirnya dapat juga aku buat semua ni. dan sekarang aku guna classic template. bukan Template Designer.

time webcam xD

so, hey! hari ni 14 Februari 2011. kamu tahukan hari apa? yesss! it's a VALENTINES DAY!! kamu sambut ka hari V-Day ne? what? sambut? woots! kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam tidak patut menyambut hari v-day ni oke. HARAM. aku ulang sekali lagi, HARAM. miahaha XD so, aku ni pula just stay at home laa. meneruskan status aku yang telah lama aku pegang since end of SPM 2010 tu lagi. seorang penganggur berjaya. HAHA :D yah! berjaya dengan hasil tanaman buah anggur aku yang telah beribu2 di rumah aku ni. haha. faham ka apa aku cakap? heheee. means aku sekarang menganggur. LOL. tiada kerja, sungguh borink :(

oke2, now sudah pukul 12.35 a.m. act, aku tengah tunggu Puaka Topeng Putih di Astro Ria. hehe. pukul 4.00 a.m baru start main. sorang2 aku tengok. macam? beranikan si Bibiy. uish! dulu pun aku tengok cerita hantu sorang2. masa yang sama jugaa. tapi time tu Tangisan Langsuir aku tengok. uish, bangganya aku dapat tengok cerita hantu sorang2 pada awal pagi yang sungguh menyeramkan~ haha. nonsense betul -.- but, it's true laa. aku pun naik hairan napa aku berani betul tengok cerita seram ni even tiada yang menemani aku. ada pun hanyalah beberapa ekor kucing di rumah. hohoo :P give a big clap for me! haha. bodo. sekali muncul depan2 tu hantu, baru kau tau biy. pengsan kau 7 hari, 7 malam. alaa, seminggu jak. haha :D gilaa2. jauh2. huhu. oke, mau tengok tv sudehh. gottago. dedaa! :))

pee/ass : siapa sudah tengok wayang KHURAFAT? best ka cerita dia? -.- saya kesian belum tengok lagi. tiada bajet mau p cinema. haha.

Saturday, February 12, 2011

blurr

trip arab. miahahahaha XD

hey , sobsob . aku rindu kawan2 aku , sekolah , cegu2 dan suasana persekolahan :(( hhu . begini pula nasib jadi lepasan SPM ne .. sgt2 borink ! mau kerja pun nda dapat . adeh . so , d ruma jak laa . tanam anggur . mau berbillion2 suda anggur aku d rumah . HAHA . LOL . means , tanam anggur tu menganggur . d rumah jak . makan , tidur , online . tu jak keja ak sekarang . tapi siok juga . haha . goyang kaki jak sekarang . ouh yah ! aku mau tau ne . bila result SPM keluar hah ? hahaha . gilaaa , neves tahap gaban aku . tapi yang penting bulan 3 kan keluar ? ciss , hope result aku okay laa -.-

btw , ada dua orang kawan aku sekarang p PLKN d Selangor . sorang d Banting , sorang lagi Sepang . huhue ~ jauh ne baa . aku d Sabah , dorang dua ekor d Selangor . sgt2 rindu dgn dorang . (T____T) nda pa . nanti selesai jak PLKN dorang tu , terus aku datang jumpa dorang tu . semangat p KKIA mau sambut dorang nanti 13 or 14 march . hahak ! :D can't wait !

AKU RINDU BGFF CREW !
RETRO 93' !


that's my genk ! BGFF CREW :))

Thursday, February 10, 2011

chichiquita !




aku mau menari macam ne .
tengah praktis ne sekarang . HAHAHAHA.
LOL . LOL . LOL .
ngam ka aku menari macam ne ? XD

Tuesday, February 8, 2011

Jumping High Photo Contest


hari ne borink2 . then blogwalking , pastu TERjumpa pula satu contest ne .
then tiba2 juga teringin mau ikut . HAHA . coz ak terus terbayang gambar yang sgt lucu bagi aku .
hahah . kalau mau tau lebih lanjut bout this contest , just click here .

dan gambar aku pertandingkan ialah :


hahaha . lucu kan gambar ne ? -.-
time ne pula kami awal tahun 2010 . kami hias kelas .
ngee :P sgt2 lucu bagi aku . haha .
actually kami masa ne mau jalan2 p KK . but stay2 jap d kantin skola .
kami2 snap2 gambar laa . terus terfikir pula mau buat gambar macam ne . hahaha .
likee sgt . wee :)

so , aku tag :
  • Bibie
  • Syiela
  • Vaneraa
  • Syafa
so , begitulah ceritanya . haha . oke , choww :)

Monday, February 7, 2011

oh ! tidakss !


ouchhh !
saya lupa bahawa belog saya ini telahpun berkhidmat dengan saya selama 1 tahun !
andddd , i forgot !
actually , bufday of my blog on February 5.
huhu . sorry dear bloggie .
pa2 pun , HAPPY BIRTHDAYYYY :)
and for ur information , saya dilahirkan pada hari Jumaat .
begitu juga dengan blog saya  .
hari Jumaat blog ini dilahirkan :)
i do love u my blogg .
even kau tidak lar selawa mana ,
tidak larr sefemes mana ,
tapi kau tetap d hatii ku .
muahhugg !
XOXO


Sunday, February 6, 2011

apa mau jadi ne . huwaaa :(

suka words diatas ini . weekk . iklan jap . :D

 oke2 , ak nda tau macam mana la ne . aku belum pun p beli no.pin UPU.
wuinaaa , haha . pastu markah kokum pun belum ambik . keke :P
markah kokum , maybe aku ambik nanti time ambik result SPM . woots ! scary u know .
LOL . urm , ak rindu kawan2 aku .
huhu . jarang2 dah dapat jumpa . sgt2 sedih oke .
nda pa , nanti2 kau jumpa juga tu bibiy . wawawa :D
insyaAllah . kalau panjang umur .
and 1 lagi . anu , aku ne sampai skg blum dapat kejaa . miahahah .
nda pa . kekal kan status penganggur terhormat yee :P
HAHA . oke , chaw chinn choww ~
salam .

maybe it's right ?

No pen = no notes
No notes = no study
No study = Fail
Fail = no diploma
No diploma = no work
No work = no money
No money = no food
No food = skinny
Skinny = ugly
Ugly = no love
No love = no marriage
No marriage = no children
No children = alone
Alone = depression
Depression = sickness
Sickness = death
  
HAHAHAHA :D
LOL .
 

Saturday, February 5, 2011

kenangan Heliza kat sekolah aku . HAHA .

woots woots! haha. tengok title tu mesti tau dah kan aku nak cakap pasal siapa. alaa, pelakon Syurga Cinta tu. HEHEE. well, sini2 dengar. actually, HELIZA HELMI sebenarnya pernah jadi guru praktikal kat sekolah aku. selama 3 bulan dia mengajar kat sekolah aku. dah nama guru praktikalkan. just 3 bulan je la. dia kan belajar kat Universiti Malaysia Sabah. time tu pula tahun 2009. time aku masih dalam tingkatan 4. well, first2 dengar memang tak caya la Heliza bakal mengajar kat sekolah aku. ye laa, artis tu beb! haha.  lagipun entah macam mana heliza boleh mengajar kat sekolah aku tu. HAHA. memang syok gila bila dengar betul2 Heliza jadi guru praktikal kat sekolah aku. tak caya? meh, tengok gambar jap. Heliza kat sekolah aku. ops ops! nama sekolah aku ialah :

SMK PEREMPUAN LIKAS , KOTA KINABALU , SABAH .

heliza and the gang bergambar dengan pengetua sekolah aku.
Puan Hetty Hayati Sibangkit.

ni pula depan sekolah aku.
heliza with cikgu Yana (kalau tak silap) dan Cikgu Joyce.
tiga2 ni praktikal kat sekolah aku.

hah! ekceli ni hah buktinya. HEE.
heliza sebagai guru at SMK PEREMPUAN LIKAS, SABAH.

itu lah antara gambar2 semasa Heliza kat sekolah aku. then ada satu hari tu, sekolah aku buat Hari Koperasi. masa tu, Heliza masih mengajar kat sekolah aku. so, dia pun pergi jugak laa beli2 makanan kat sekolah aku. hahah. gila woo. banyak dia beli makanan. HEH. gambar pada hari tu pulak kat bawah.

 ni aku dengan kawan bergambar dengan Cikgu Joyce.

Cikgu Joyce and Cikgu Helizaaa!

hah! nampak2? kat tangan Heliza banyak makanan dibelinya. hahaha. aku yang ambik gambar ni. hee. then, pernah jugak satu hari tu Heliza mengajar kat kelas aku. sebagai guru ganti coz guru subjek yang ajar kami tak hadir. si Heliza diarahkan jaga kelas kami masa tu. dia ajar pun okayy. HAHA. aku and kawan sekelas bukan dengar apa dia mengajar. hahaha. kami tengok muka dia jak. haha. gilaa kan. oke, lepas tu time kokum kat sekolah aku. Heliza and kawan team bereh dia ada wat video. ni pelajar kelas 4 Zamrud yang Heliza ajar Biology.




hah. dalam video tu kawan Heliza yang rakam. dia rakam just nak tanya dengan student yang Heliza ajar. cara Heliza ajar okay ke tak. haha. kalau nak tengok video yang lain, just click here :) okay, pendekkan crita. masa Heliza dah nak pergi dah tinggalkan sekolah aku, dia mintak aku dan kawan aku gambar dia dengan cikgu2 kat sekolah aku. of course lah Heliza nak buat kenangankan. then, aku dan kawan aku snap2 la gambar Heliza dan cikgu kat sekolah aku. hee. last, aku mintak autograf Heliza. so, here.

dah dua tahun dah aku simpan ni. kenangankan.
kat atas tu nama aku. then, tandatangan Heliza kat bawah :)

itulah satu2nya kenangan Heliza bagi kat aku. hahah. aku tak sempat nak gambar dengan Heliza masa last day dia kat sekolah aku. coz masa tu masa pembelajaran :(  sobsob~ hihi. okayy, malas dah nak taip2. so, itulah cerita pada hari ini. imbau kembali kenangan Heliza mengajar kat sekolah aku. memang dah lama dah. 2009 lagi. hee. tapi tetap dalam ingatan. haha. so, i think i stop here. chiao pepoo! have a nice dayyy :) salam. XOXO

Friday, February 4, 2011

xiuxu photo editor

haiipp! okayy, straight to the point la kan. tadi aku baru download satu sofware edit photo ni. huhu. memang nda tau apa2 la kan pasal sofware ni. cause semuanya dalam bahasa chinese! hahaha. LOL. memang payah la nak edit. satu pun aku tak faham. huehue~ but then , aku cuba juga laa. oke, buktinya ini.


you see? semuanya dalam bahasa cina. huhuk! aku main teka2 jak ikut simbol yang diberi. haha. at last, dapat juga aku edit photo di sini. ohh! before i forgot, nama photo editor ni ialah Xiuxiu. kalau tak silap laa. haha.  selama ni aku edit picture kat picnik and photoscape jak. photoshop jarang2 -.- so, aku try edit picture guna sofware lain. oke2, setelah aku edit2, and hasilnya ..


TADAAAAAAAA! haha. inilah hasilnya. whoaa. memang aku sukaaaa :P saja aku buat effect gitu. i loikeee. hihi. then, sempat juga aku edit pic kakak and abang aku. saja buang masa. lagipun nak belajar2 juga guna photo editor ni. so, here.



 

okayy. inilah diaa. macam? cantik? ka buruk? haha. kalau buruk, diam2 saja laa. kalau cantik, bagi tepukan gemuruh untuk aku! haha. dapat edit picture even dalam bahasa chinese -.- okay laa. got to go. salam. XOXO

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fat Choi !

assalamualaikum. salam 1 Malaysia. haha. skema jon. disebabkan entry aku kali ni berkaitan dengan Gong Xi Fat Choi, so mesti ada 1 Malaysia tu. ahaha.


to all my chinese friends ,
HAPPY CHINESE NEW YEAR ALL :)

dibawah adalah video yang sempat aku rakam time aku jalan2 di KK pada malam hari. HAHA.


so how? sila ignore suara2 dalam video tu. haha. oke, banyak tul fireworks dorang ni. tapi takpeee. aku sukaaaaaa :) haha. very colourfull ouh. hehe. and yeah! tadi sekitar pukul 7 pagi ada mercun lagi di area rumah aku. wuhuuuuu. mantap bunyi dia. haha. then ada singa and bergendang2 lagi dorang sana. wee. meriah juga ar chinese new year ni. keke :P hmm, okayy. got to go. HAPPY CHINESE NEW YEAR once again! enjoy ur holiday pepoo! XOXO

akhirnya .

heyy ols. yay! aku buka kembali blog aku :) selama 2 hari aku tutup blog. just untuk buat semua ni la. dan aku rasa sungguh penat okay buat semua ni. bukan senang. so, how? blog aku kini berwajah baru. SEHH. hihi. mintak pujik wua. haha :D

 the old one.

new look *winkwink

macam? haha. penat weh aku buat semua ni. bukan 1, 2 jam. but 1 hari aku buat semua ni. hahaha. biasa la. aku nda pro macam blogger lain tu. keke :P so, aku buat ni usaha aku sendiri. actually, template aku guna sekarang ni ialah Window Template dari Templat Designer juga la. then aku cari di kod HTML tu buat main background dya semua warna putih. susah payah aku cari gilaa! aduyyy. akhirnya, atas usaha yang aku ada, dapat juga aku cari kod yang aku mau tukar. fuhh. bukan senang cari kod d HTML tu. sampai juling mata aku. huhu. tapi nda pa. aku puas hati jugaaaa :)

then bout my header. act, aku main hentam jak buat header tu. malas la mau bagi cantik2 lagi. penat wooo. bukan alang2. hahaha. and header tu sengaja aku kecilkan sikittt. HEHEE. memang aku nak nampakkan dia cenggitu okayy. so, what do u think huh?  HAHA. okay, tu sajaa laaaa. got to go. salam.

pee/ass : kalau ada yang kurang minat dengan template baru aku, don't waste ur time to talk a FCUK to me. just keep it for urself. thanks :)

Tuesday, February 1, 2011

Contest Blog Paling Hebat by Aida Shafiena


woots woots ! heyy . aku di tag oleh Cik Farhana join satu contest ni . HAHA .
Contest Blog Paling Hebat :D
aku nda kisah laa menang atau kalah . coz blog aku bukan hebat pun .
hahaha . just join tuk suka2 .
and blog aku simple jak . so nampak kemas :)
oke , kalau contest mestilah ada syarat2nya kan ?
so , here the rules of this contest !

1. WAJIBB FOLLOW blog http://lilyvsdaisy.blogspot.comhttp://diarionlinebudaksetan.blogspot.com/ dan *DONE
2. Buat entry bertajok Contest Blog Paling Hebat By Aida Shafiena, entry korang mesti lah mengenai apa yang hebat mengenai blog korang dandan blog Aida Shafiena nie atau blog Mira Awaludin nie . kalau boleh kasi lah cair sket :P *DONE
3. Buat entry sekurang-kurangnya TIDAK KURANG DARIPADA 100 HURUF ! bukan patah perkataan tau :P *DONE
4. Mesti masok kan banner contest nie kat entry and kat sidebar *DONE
5. WAJIB tag kepada 3 blog yang korang rasa menarik dan paling hebat.*DONE
6. Akhir sekali , korang comment entry nie dengan sertakan sekali url entry korang tu tau *DONE


TARIKH TUTUP : 22 FEBRUARI 2011


pee/ass : copy and paste dari tuan punya contest :P

okay , hadiah dia MISTERI . uinaa . hahah .pa2 jak la . oke . back to the story , apa yang hebat d blog aku ni ? mak aiihh . tiada yang hebat bagi aku . ngee . so , terpulang pada tuan punya contest judge blog aku ni . kan3 . it's up to you okayy . no need la aku explain kan apa yang hebat di blog aku . nanti kalau kita cakap blablabla (memuji blog sendiri) , ada pula orang yang cakap kita ni perasan . perasan blog dia hebat . HAHA . nonono . tuan contest , judge sendiri blog aku k ? hehehe :P

then , sini datang dekat2 . haha . now , aku mau explain kehebatan blog Aida Shafiena ni . oke , dari pandangan aku la , blog Aida ni nampak hebat coz entry2nya yang superb dan hebatt ! haha . honestly , suka baca entry2 di blog Aida ni . semua entry bukan melalut punya . HAHA . then design blog Aida pun cantik . girly2 gitu dengan warna pink and bluee . hee . sama dengan tuan punya contest ni . cutee :) and blog Aida ni juga nampak hebat coz Aida pandai atur gadgetnya  agar tidak nampak serabut . oke , i like that . nda sakit mata melihat blognya . keke :P oke , last ! hope Aida can be a famous blogger like Irine Nadia Marcello . ohh ! kenapa mesti Irine ? coz Aida fanatik gilaa sama Irine kan? ngehehe :P oke . thts all .


last , aku tag :
DONE .


title apa ah ?

heyyoo pepoo ! ngee . oke . so intoooo kelabu right now . HAHA . warna kelabu dah blog aku . wekk . simple2 jak . tengok gambar aku pun warna kelabu2 jugaa . miahaha . oke ! hari ni 1 Februari 2011 . woots woots , nda lama lagi tu mau keluar result . result SPM la beb ! haha . matayy . sakit terus jantung aku dengar pasal result SPM ne . hahaa . and  heyy , actually aku nda tau pun bulan berapa keluar result SPM . bulan 3 or 4 ? wuii , aku suka kalau bulan 4 result tu keluar . HAHA . biar lama2 sikit . kuikuikui :P ohh ! tapi yang nda best bulan 4 bufdayy aku . huhu . hujung bulan 4 . aiyoo , if result nda berapa bagus , nda la aku celebrate bufday tuk taun ne . huwaaa :( kecewa punya pasal . hehek . harap2 la aku dapat result yang baik . amin . and kawan2 aku sekarang banyak yang sudah kerja . ada kerja d Kenny Roger Roaster , Micron , McD , KFC , Giant  and so on la . aku ? aku masih di rumah tanam anggur . haha . gilaaa . banyak sudah anggur aku di ruma . hahah . sepa yang nda tau , tanam anggur tu MENGANGGUR . LOL . huhu . siok jadi dorang . dapat gaji nanti boleh sudah kasi puas nafsu . fuyoo ! punya siok kasi puas nafsu tu . nahnah , nafsu apa ? haha . jangan kamu kuning sana . sipak kepala kamu nanti . hahah . i mean nafsu SHOPPING ! huhu . disebabkan aku ni sejenis manusia yang shopaholic banyak sikit , memang sangat2 memerlukan duit dalam hidup . haha . aku memang mau kerja , tapi sampai sekarang nda dapat . huh ! nda pa . nanti aku cari kerja lagi la . huuu . tapi duit bukan segalanyakan ? urm , entah kenapa bagi aku duit la segalanya . HAHAHA . bunguks ! oke la , cukup bebelan aku di sini . chaww chinn chowww :) XOXO .